News & Events

MyCreative in the news as well as the latest happenings in Malaysia’s creative industry.

Kumpulan MyCreative Menyambut Baik Pengumuman Belanjawan 2022 untuk Memacu Ekonomi Jingga

UCAPAN BAJET 2022

 

Bagi pihak industri kreatif, Kumpulan MyCreative berterima kasih dan mengalu-alukan peruntukan RM288 juta yang diumumkan dalam belanjawan 2022 oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk pelbagai inisiatif bagi merancakkan semula industri kreatif.


Di bawah Belanjawan 2022, Kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta untuk Program RIUH Keluarga Malaysia (RM20 juta) dan Platform Animasi Nasional (RM 30 juta) yang akan dijalankan melalui Kumpulan MyCreative (MyCreative Ventures, CENDANA dan RIUH).


Di samping itu, Belanjawan 2022 telah menggariskan beberapa langkah tindakan dengan peruntukan berjumlah RM188 juta untuk pelbagai inisiatif termasuk Dana Kandungan Digital, Projek Kandungan Multimedia Digital, Insentif Filem, program Perkasa Modal Insan serta Skim Perlindungan PERKESO untuk golongan artis.


Inisiatif lain yang akan membantu pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jingga termasuk geran padanan untuk organisasi yang melaksanakan inisiatif seni dan budaya dengan peruntukan RM50 juta.


Inisiatif ini akan mempercepatkan pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 di mana lebih 90 peratus penggiat industri telah mengalami kehilangan atau kekurangan sumber pendapatan.


Peruntukan RM 20 juta kepada Kumpulan MyCreative untuk pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Program RIUH Keluarga Malaysia akan merancakkan industri dan dijangka dapat mewujudkan lebih 5,000 peluang pekerjaan.


MyCreative turut mengalu-alukan pembiayaan RM 30 juta untuk menubuhkan Platform Animasi Nasional yang bertujuan mengangkat industri animasi tempatan ke persada antarabangsa.


Antara insentif lain termasuklah, Insentif Pendaftaran e-Perolehan melalui diskaun yuran kepada RM150 dan penerimaan perniagaan berpremis SOHO dan Co-working space serta pengecualian duti hiburan ke atas aktiviti hiburan yang merangkumi taman tema dan pawagam sehingga 31 Disember 2022 yang akan membantu pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jingga. Pihak berkuasa negeri juga digalak memberikan pengecualian duti hiburan bagi menyokong pemulihan sektor ini.


https://www.astroawani.com/video-malaysia/bajet-2022-percepat-pemulihan-sektor-kreatif-seni-dan-budaya-1932434