MyCreative in the news as well as the latest happenings in Malaysia’s creative industry.
PUTRAJAYA, 5 FEBRUARI 2021 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah melancarkan Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) sebagai langkah jangka pendek yang bertujuan untuk memastikan kelangsungan dan kelestarian para penggiat dan pemain industri kreatif negara dalam mendepani impak pandemik COVID-19.
Pelaksanaan PRISMA ini memberi fokus kepada tiga strategi utama iaitu:
(i) memudah cara pembiayaan penghasilan kandungan kreatif;
(ii) mengupayakan kapasiti dan kemahiran penggiat industri kreatif; dan
(iii) menyediakan akses pasaran bagi produk kreatif tempatan.
Bagi tujuan tersebut, sejumlah RM89.2 juta disediakan di bawah peruntukan sedia ada KKMM untuk melaksanakan 32 program yang merangkumi empat kategori iaitu filem, muzik, kandungan kreatif digital dan seni visual, persembahan serta kraf. Sebanyak RM67.7 juta daripada peruntukan tersebut merupakan program berbentuk pemberian geran, RM9.0 juta berbentuk pinjaman dan RM12.5 juta berbentuk slot siaran.
Dalam ucapan pelancaran pada hari ini, YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia menyasarkan seramai lebih 9,000 penggiat dan pemain industri kreatif bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan PRISMA. Beliau turut menjangkakan sekurang-kurangnya 40,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan melalui pelaksanaan program-program di bawah inisiatif pakej rangsangan ini. Secara purata, sebanyak 60% daripada keseluruhan 32 program telah ditambah baik daripada segi penyeragaman prosedur dan proses permohonan, memendekkan norma masa dan memudahkan cara proses serta kaedah penyaluran peruntukan.
Bagi merealisasi dan memastikan keberkesanan pelaksanaan program-program yang telah digariskan di dalam PRISMA, pelbagai Jabatan dan Agensi di bawah KKMM iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (MyCV) dan Agensi Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) akan bersama-sama berganding bahu untuk menjayakan pakej rangsangan ini.
Program-program yang dirancang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai pada 5 Februari 2021. Maklumat lanjut mengenai PRISMA boleh diperolehi menerusi laman web www.kkmm.gov.my atau hubungi di alamat e-mel berikut:
Filem – prismafilem@kkmm.gov.my
Muzik – prismamuzik@kkmm.gov.my
Kandungan Kreatif Digital – prismaanimasi@kkmm.gov.my
Seni Visual, Persembahan & Kraf – prismaseni@kkmm.gov.my
Dikeluarkan oleh: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Tender Submission for Creative Industry ‘Creating a Sustainable Creative Industry’
05 October 2023
RM12 JUTA DANA KANDUNGAN DIGITAL INDUSTRI MUZIK 2023 BAKAL LONJAKKAN EKOSISTEM MUZIK TEMPATAN
20 September 2023
ZAINARIAH JOHARI ANNOUNCED THE NEW GROUP CHIEF EXECUTIVE OFFICER OF MYCREATIVE VENTURES
01 July 2023
Tender Submission for Creative Industry ‘Creating a Sustainable Creative Industry’
29 March 2023