MyCreative in the news as well as the latest happenings in Malaysia’s creative industry.
Penangguhan Pembayaran Balik Pinjaman selama enam bulan di bawah PEMULIH
Menerusi inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), MyCreative akan menawarkan moratorium selama 6 bulan kepada pemohon yang layak. Bantuan ini selaras dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 28 Jun 2021 sebagai usaha bersepadu menyokong penggiat industri kreatif tempatan.
Moratorium yang ditawarkan diharap akan dapat membantu usahawan kreatif untuk terus berdaya tahan serta meringankan beban aliran tunai perniagaan mereka ketika tempoh mencabar ini.
Permohonan moratorium di bawah MyCreative ini dibuka sehingga 31 Julai 2021. Permohonan yang layak akan mendapat penangguhan pembayaran bermula dari bulan Julai 2021 sehingga Disember 2021.
Permohonan moratorium boleh dibuat melalui emel ke moratorium2021@mycreative.com.my.
Pengerusi MyCreative Ventures, Encik Azmi Said berkata “Kumpulan MyCreative akan terus menyokong usaha pihak kerajaan bagi meringankan bebanan kewangan penggiat industri kreatif. Setakat ini, seramai 10,759 penggiat seni dan usahawann kreatif telah pun menerima bantuan dari pihak Kumpulan MyCreative menerusi program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dibawah kawalselia Kementerian Kewangan serta Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) dibawah kawalselia Kementerian Komunikasi dan Multimedia.”
Menurut beliau lagi, "Selain itu, terdapat pelbagai inisiatif lain di bawah Kumpulan MyCreative yang masih dibuka merangkumi Geran, Pinjaman Mudah dan Program Latihan menerusi program PENJANA dan PRISMA.”
“Kesemua inisiatif di bawah Kumpulan MyCreative dirangka khas bertujuan untuk membantu industri seni kreatif, sama ada dalam kalangan penggiat mahupun perniagaan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk bangkit semula menjalankan aktiviti kreatif mereka. Kami di MyCreative amat berharap permohonan daripada penggiat industri kreatif akan terus menerima sambutan yang memberangsangkan.”
Menyambut juga seruan YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia, MyCreative mengalakan supaya para penggiat seni mengambil peluang untuk memohon program-program yang masih dibuka. Maklumat lanjut berkaitan inisiatif yang ditawarkan dan proses permohonan boleh didapati di laman sesawang MyCreative Ventures http://www.mycreative.com.my/penjana.
Tender Submission for Creative Industry ‘Creating a Sustainable Creative Industry’
05 October 2023
RM12 JUTA DANA KANDUNGAN DIGITAL INDUSTRI MUZIK 2023 BAKAL LONJAKKAN EKOSISTEM MUZIK TEMPATAN
20 September 2023
ZAINARIAH JOHARI ANNOUNCED THE NEW GROUP CHIEF EXECUTIVE OFFICER OF MYCREATIVE VENTURES
01 July 2023
Tender Submission for Creative Industry ‘Creating a Sustainable Creative Industry’
29 March 2023