GERAN PEMASARAN DAN PROMOSI DIGITAL (GPPD)

                                             DIGITAL MARKETING & PROMOTIONS GRANT (DMPG)

 

Geran Pemasaran Digital dan Promosi  telah direka khas untuk membantu para penggiat industri kreatif dalam pemasaran barangan/perkhidmatan/bakat mereka di atas talian, melalui aplikasi, paparan iklan dan pengantara digital yang lain seperti Media Prima Digital, Astro atau mana-mana platform digital  yang boleh diterima pakai oleh MyCV seperti Facebook, Instagram, Google, Tik Tok, Snapchat, Twitter, YouTube, LinkedIn and Pinterest.

 

The Digital Marketing and Promotions Grant (DMPG) has been specially designed to support and to assist creative industry players in marketing his/her creative products/services/talents on the internet, via applications, display advertising and any other digital mediums such as Media Prima Digital, Astro or other platforms agreeable with MyCreative namely Facebook, Instagram, Google, Tik Tok, Snapchat, Twitter, YouTube, LinkedIn and Pinterest.

  • MEMBUAT PERMOHONAN
    APPLY HERE
  • Panduan Permohonan
    Application Guide
  • Templat Geran Pemasaran Digital dan Promosi
    Digital Marketing Plan Template
  • Apakah Geran Pemasaran Digital Dan Promosi (GPDP)?
    What is the Digital Marketing and Promotions Grant (DMPG)?

    Geran Pemasaran dan Promosi Digital (GPPD) telah direka khas untuk membantu para penggiat industri kreatif dalam pemasaran barangan/perkhidmatan/bakat mereka di atas talian, melalui aplikasi, paparan iklan dan pengantara digital yang lain seperti Media Prima Digital, Astro atau mana-mana platform digital  yang boleh diterima pakai oleh MyCV seperti berikut (tidak terhad kepada berikut):

    1. Facebook
    2. Instagram
    3. Google
    4. Tik Tok
    5. Snapchat
    6. Twitter
    7. YouTube
    8. LinkedIn
    9. Pinterest

     

    The Digital Marketing and Promotions Grant (DMPG) has been specially designed to support and to assist creative industry players in marketing his/her creative products/services/talents on the internet, via applications, display advertising and any other digital mediums such as Media Prima Digital, Astro or other platforms agreeable with MyCreative as listed below:

    1. Facebook
    2. Instagram
    3. Google
    4. Tik Tok
    5. Snapchat
    6. Twitter
    7. YouTube
    8. LinkedIn
    9. Pinterest

  • Apakah had peruntukan dana yang disediakan dibawah Geran Pemasaran Digital dan Promosi MyCV?
    What is the level of funding provided under the Digital Marketing and Promotions Grant?

    Jumlah peruntukan dana adalah terhad dan diberi dalam bentuk baucar dan pembayaran balik bagi membantu sehingga 2,000 pemohon untuk tujuan pemasaran digital.
    Perincian peruntukan dana adalah seperti berikut:

    1. Baucar bernilai RM12,000 untuk usaha pemasaran dan promosi di bawah pakej Astro yang membolehkan pemohon mendapat: 
    • 1 slot Instagram feed dan 2 Instagram stories    

            Laman sosial media yang ditawarkan seperti berikut (pemohon hanya boleh memilih satu laman sosial media): 

                  Bahasa Melayu: Astro Gempak, Hijabista atau Mingguan Wanita 

                  Bahasa Inggeris: Rojak Daily, Hitz atau Mix 

                  Bahasa Cina: Xuan, GoXuan atau Melody 

                  Bahasa Tamil: Astro Ulagam atau Raaga 

          2. Baucar bernilai RM10,000 untuk usaha pemasaran dan promosi di bawah pakej Media Prima Digital yang membolehkan pemohon mendapat: 

    • MREC Banner ATAU catatan Facebook x1 bersama catatan perkongsian ke laman sosial Kini Trendy atau Myresipi  

            Laman sosial media yang ditawarkan adalah seperti berikut (pemohon hanya boleh memilih satu laman sosial media): 

             Bahasa Melayu: OhBulan atau Sirap Limau

             Bahasa Inggeris: Rojaklah 

             Bahasa Cina: Viral Cham

          3. Pembayaran balik bagi aktiviti pemasaran dan promosi yang menggunakan platform digital seperti yang tersenarai di atas dengan maksimum tuntutan sebanyak RM3,000  

    Pemohon akan menerima dana dalam bentuk baucar untuk pakej di bawah Astro dan Media Prima Digital

     

    The amount is limited to vouchers and reimbursements to benefit up to 2000 applicants in their digital marketing efforts.  
    The breakdown of the funding is as per below:

    1. A RM12,000 voucher for marketing and promotions value packaged under Astro which offers applicants the following: 
    •  Instagram feed post x1 and Instagram story x2 

                  Social media channels offered as below (applicants to only choose 1 platform): 

                  Malay: Astro Gempak, Hijabista or Mingguan Wanita 

                  English: Rojak Daily, Hitz or Mix 

                  Chinese: Xuan, GoXuan or Melody 

                  Indian: Astro Ulagam or Raaga 

     

        2.    A RM10,000 voucher for marketing and promotions value packaged under Media Prima Digital which offers the applicants the following: 

    • MREC Banner OR Facebook post x1 with reshare to either Kini Trendy or Myresipi  

           The social media channels offered as below (applicants to only choose 1 social media channel): 

           Malay: OhBulan or Sirap Limau

          English: Rojaklah 

          Chinese: Viral Cham 

     

        3. Up to RM3,000 claimable for marketing and promotions under other platforms as specified above

     

  • Siapakah yang layak memohon?
    Who can apply?

    Penggiat industri kreatif yang merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun keatas;
    Penggiat seni visual, seni persembahan, pemuzik, penulis manuskrip, penjahit, artis seni kulinari, artis seni tradisional, pereka seni dan pengiat-pengiat industri seni lain yang terlibat tetapi tidak terhad di dalam salah satu daripada sepuluh (10) bidang kreatif yang berikut:

    1. Seni Kulinari
    2. Seni Visual
    3. Seni Persembahan
    4. Muzik
    5. Sastera
    6. Kandungan Kreatif
    7. Fesyen
    8. Seni Tradisional dan Kebudayaan
    9. Rekaan
    10. Pendidikan Kreatif

     

    Pemohon hendaklah mempunyai pengalaman selama sekurang-kurangnya enam bulan didalam pembangunan kerja kreatif samaada sebagai penyedia perkhidmatan luar atau penciptaan karya kreatif yang asli dan;
    Pemohon hendaklah mempunyai produk/perkhidmatan/bakat yang tersedia untuk pengkomersialan selanjutnya.

     

    Creative industry practitioners and businesses who Malaysians, aged 18 and above;
    Amongst others, but not limited to visual artists, performing artists, musicians, sculptors, manuscript writers, seamstresses, culinary artists, traditional artists, designers and other relevant players in the creative industry from any of the following ten (10) pillars of creative industry:

    1. Culinary Arts
    2. Performing Arts
    3. Fashion
    4. Music
    5. Content Creation
    6. Design
    7. Creative Education
    8. Traditional & Cultural Arts
    9. Literature
    10. Visual Arts

    The applicant has a minimum of six (6) months track record in the development of creative works whether as an outsourced service provider or in the creation of original works; and
    The applicant has existing products/services/talents to showcase to the market for further commercializing.

  • Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?
    How long do we have to wait before we know if we are selected?

    Pemohon boleh mengetahui keputusan dalam masa dua (2) minggu selepas permohonan lengkap diterima. 

     

    Upon application, the waiting period may take up to two (2) weeks.

  • Siapakah yang tidak layak untuk memohon Geran Pemasaran Digital dan Promosi MyCV?
    Who is not eligible to apply for the Digital Marketing and Promotions Grant?

    Penggiat industri kreatif yang bukan warganegara Malaysia serta perniagaan yang dimiliki oleh warga asing;
    Pemohon yang tidak dapat menyediakan bukti karya / hasil kerja asli;
    Pemohon yang terlibat dalam perniagaan seperti barangan terlarang atau terhad termasuk minuman keras, minuman keras, rokok, barangan palsu/ tiruan serta bahan yang berunsur seksual dan / atau politik
    Badan atau agensi berkaitan kerajaan
    Penggiat yang masih mempunyai laporan penilaian yang masih belum lengkap berkaitan program pembiayaan yang pernah diterima daripada MyCreative Ventures Sdn Bhd atau CENDANA; walaubagaimanapun, mereka mungkin boleh memohon setelah melengkapkan sebarang laporan seperti dinyatakan.

     

    Creative industry practitioners and businesses who are non-Malaysian or of minority Malaysian ownership;
    Creative industry practitioners and businesses that are unable to provide proof of existing and original work;
    Creative industry practitioners and businesses that are involved in the businesses involving prohibited or restricted goods including liquor, vape, cigarette, imitation/fake as well as materials that are sexual and/or political in nature;
    Government departments, agencies & entities;
    Creative industry practitioners and businesses that have pending or outstanding evaluation reports or deliverables for the usage of previous funding programmes from MyCreative Ventures Sdn Bhd or CENDANA. However, they may be able to apply upon fulfilling or resolving these obligations.

  • Bilakah Geran Pemasaran Digital dan Promosi MyCV dibuka untuk permohonan?
    When can we apply for MyCV’s Digital Marketing and Promotions Grant?

    Permohonan dibuka dari bulan Julai 2020 sehingga seluruh dana diguna pakai.

     

    Applications are targeted to open from July 2020 until fund is exhausted. 

  • Bagaimanakah proses permohonan Geran Pemasaran Digital dan Promosi MyCVdilakukan?
    How does it work for MyCV’s Digital Marketing and Promotions Grant?

    I.        Lengkapkan Borang Permohonan Geran Pemasaran dan Promosi Digital yang boleh didapati melalui laman web MyCreative Ventures www.mycreative.com.my  

    II.       Pemohon dikehendaki menyediakan maklumat seperti dinyatakan di dalam borang antaranya: 

    o   Profail tentang pemohon – perincian mengenai individu, syarikat, persatuan dan/atau pertubuhan 

    Rekod portfolio (mempunyai rekod prestasi semasa yang mencukupi)

    o   Rancangan Pemasaran Digital 

    o   Dokumen sokongan 

    III.             Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat asas seperti yang disenaraikan di S4 akan ditolak. Namun begitu, anda akan dimaklumkan melalui e-mel dan masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan yang lebih lengkap (tertakluk kepada pematuhan syarat asas).

    IV.            Status permohonan akan dimaklumkan dalam masa dua minggu oleh MyCV melalui emel.

    V.              Pemohon yang berjaya perlu menandatangani surat perjanjian dengan pihak MyCV.

    VI.            Pembayaran akan dibuat kepada Astro dan Media Prima Digital berdasarkan persetujuan yang dibuat.

    VII.           Pemohon yang berjaya akan menerima kod baucar unik dari Astro dan Media Prima Digital untuk memulakan usaha pemasaran digital mereka.  

    VIII.          Untuk jumlah tuntutan yang dihadkan kepada RM3,000, pihak MyCV akan membuat pembayaran setelah projek dilaksanakan dan bahan penyempurnaan diserahkan. 

    IX.             Bahan penyempurnaan projek seperti berikut (tidak terhad kepada berikut): 

    o   Laporan Projek (templat akan disediakan oleh pihak MyCV) 

    o   Ringkasan perbelanjaan projek berserta bukti perbelanjaan (resit penemeriaan, invois, baucar pembayaran, dll) (templat akan disediakan oleh pihak MyCV)

    o   Apa-apa pengesahan yang lain – bahan aktiviti tambahan seperti video, foto, dan jaminan yang dibuat (jika berkenaan) 

     

    Complete the Digital Marketing and Promotions Grant Form which will be available online by July 2020 via www.mycreative.com.my  
    In the form, applicants will be required to provide information on the items below (may not be exhaustive):

    o   Introduction of Applicant – formal details for Individual, Company, Group, Collective, etc. 

    o   Portfolio & History (must possess adequate track record, whether from existing or previous company or group)

    o   Digital Marketing Plan 

    o   Supporting material(s)

    Applications that does not meet the basic criteria as outlined in Q4, will be rejected. Applications that are incomplete will be informed via email and may still submit a more complete application (case if only basic criteria’s are met).
    Within two weeks of application, both successful and unsuccessful applications will be notified by MyCV via email. 
    Successful applicants will have to execute a definitive agreement with MyCV.
    Once MyCV receives the signed agreement, MyCV will proceed with payment to both Astro and Media Prima Digital on behalf of the successful applicant based on the package chosen. 
    The successful applicant will receive unique voucher codes from Astro and Media Prima to commence their digital marketing efforts. 
    The balance claimable amount of up to RM3,000 will be disbursed upon completion of project and submission of project completion deliverables.
    Type of project completion deliverables include, but not limited to the items below: 

    o   Outcome Report (template will be provided by MyCV) 

    o   Summary of project expenditure along with the proof of expenditure (receipts, invoices, payment, vouchers, etc) (template will be provided by MyCV) 

    o   Provision of other form of validation – supplementary materials of activity such as videos, photos, and collaterals created (if applicable) 

  • Siapa yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan?
    Who can we contact if we have questions?

    Sebarang pertanyaan hendaklah dihantarkan kepada mycreativedmg@mycreative.com.my atau temujanji boleh dibuat untuk membincangkan permohonan anda.

     

    If you have any questions, forward your inquiries to mycreativedmg@mycreative.com.my or secure an appointment to discuss your application in detail.

  • Apa yang akan mempengaruhi permohonan?
    What would affect our application?

    Permohonan yang tidak mempunyai dokumen yang lengkap dan tepat akan menyebabkan permohonan tersebut tidak layak dan tidak diteruskan untuk penilaian.  Namun begitu, mereka akan diberitahu melalui e-mel dan masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan yang lebih lengkap.
    Sekiranya terdapat penemuan yang negatif terhadap organisasi tersebut sewaktu proses penilaian dijalankan.

     

    Applications that do not have sufficient and relevant documentation upon submission will result in an incomplete application and will not be advanced for evaluation. They will be notified and be given a chance to re-submit their application.
    If there are any adverse findings on the organisations during the due diligence process.

  • Apakah yang diperlukan oleh pemohon yang berjaya?
    What is expected from successful applicants?

    Pemohon hendaklah memastikan perkhidmatan pemasaran yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan dilaksanakan dengan betul.
    Pemohon hendaklah mengemukakan Bukti Pengaktifan jika diminta oleh MyCV pada bila-bila masa.
    Pemohon harus memastikan bahawa proses pelaksanaan perkhidmatan pendigitalan yang dibiayai oleh program ini terhad kepada perkhidmatan yang tertera diatas.
    Setelah projek dilaksanakan, pemohon dikehendaki untuk mengisi dan menghantar bahan penyempurnaan projek.

     

    The applicant is to ensure that the digitalisation services that have been agreed by the Service Provider are properly implemented.
    The applicant must submit the Proof of Activation if requested by the MyCV at any time.
    The applicant is to ensure that the process of implementing the digitalisation services funded by this program is limited to the services as mentioned above.
    Upon end of project, the applicant is required to fill in and submit the project completion materials.

  • Apa yang diperlukan setelah program tersebut selesai?
    What is required after the programme is completed?

    I.Laporan projek hendaklah dilengkapkan (templat disediakan oleh MyCV) 

    II.Menyediakan rumusan perbelanjaan projek berserta bukti perbelanjaan (resit, invois, baucar pembayaran dan sebagainya) (jika ada) 

    III.Mengemukakan sebarang pengesahan yang lain - bahan aktiviti tambahan seperti video, gambar dan bukti seni dihasilkan (jika ada).  

     

    I.To complete Outcome Report (template provided by MyCV) 

    II.To provide summary of project expenditure along with the proof of expenditure (receipts, invoices, payment vouchers, etc) (if applicable); 

    III.To submit any other form of validation – supplementary materials of activity such as videos, photos and collaterals created (if applicable). 

  • Soalan Lazim
    FAQ

Who got funded?

See all funded businesses that have made a mark both locally and internationally.

Learn more