FASHION PITCH

Bantuan kepada pereka fesyen muda dan graduan bidang fesyen untuk mencipta dan membangunkan koleksi fesyen serta portfolio rekaan yang asli, berdaya maju dan memaparkan aspek unik Malaysia yang majmuk serta dinamik. Pemohonan juga terbuka kepada penggiat fesyen tradisional.

 

Assistance for young fashion designers and fashion graduates to create and develop fashion collections as well as viable, dynamic and original design portfolios, featuring unique multicultural Malaysian aspects. Applications are also open to designers of traditional wear.

  • Skop Bantuan
    Scope of Assistance

    Bantuan meliputi :

    • Sokongan kos untuk material, fabrik serta kelengkapan dan kos logistik untuk membangunkan rekaan
    • Sokongan kos tenaga kerja seperti tukang jahit dan 'pattern maker'
    • Sokongan kos pembangunan katalog seperti model, jurugambar dan sebagainya
    • Kos pendaftaran hakcipta label
    • Sebarang kos yang dinilaikan sebagai wajar

     

     

    Support includes:

    • Cost support for materials, fabric as well as equipment and logistical costs to develop designs
    • Labour costs support such as tailoring and pattern making
    • Cost of catalog development such as models, photographers and so on
    • Label copyright registration costs
    • Any costs assessed as reasonable

  • Syarat Khusus
    Special Conditions

    1. Terbuka untuk individu, perniagaan, pertubuhan, perkongsian atau syarikat yang ditubuhkan di Malaysia sahaja
    2. Warganegara Malaysia untuk individu
    3. Untuk syarikat atau perkongsian, lebih 50% pemilikan sah dan kepentingan terletak pada Warganegara Malaysia.
    4. Pemohon bukan subjek dalam sebarang perintah penggulungan (untuk Syarikat) atau individu yang muflis (untuk individu)
    5. Idea rekacipta adalah hak milik pemohon
    6. Tidak mendpaat sebarang geran dari MyCreative, CENDANA atau KKMM dalam  tempoh satu tahun yang terdahulu, kecuali Geran Pemasaran dan Promosi Digital (Digital Marketing and Promotions Grant) atau Pembiayaan Karya Kilat CENDANA (Create Now Funding) 

     

     

    1. Open to individuals, businesses, organizations, partnerships or companies established in Malaysia only
    2. Individuals must be Malaysian citizens 
    3. For companies or partnerships, more than 50% legal ownership and interest must lie with Malaysian Citizens
    4. The applicant is not a subject in any winding up order (for Companies) or a bankrupt individual (for individuals)
    5. The work is an original design and property of the applicant
    6. Have not received any grants from MyCreative, CENDANA or KKMM within the past one year except for Digital Marketing and Promotions Grant or Create Now Funding 

  • Jumlah bantuan
    Funding amount

    Sehingga RM40,000

    Up to RM40,000

  • Tarikh Tutup Permohonan
    Closing date

    Permohonan akan dibuka mulai 15 Februari 2021.

    Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Mar 2021.

     

     

    Applications will be open from 15 February 2021.

    The closing date for applications is 15 March 2021.

  • Kelayakan
    Eligibility

    Kelayakan umum:

    • Penggiat dan perniagaan di dalam bidang industri kreatif.
    • Warganegara Malaysia dan/atau perniagaan yang majoriti pemilikan adalah warganegara Malaysia.
    • Rekod pengalaman selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan di dalam bidang yang berkaitan dengan bantuan yang dipohon di bawah inisiatif ini.

     

     

    General qualifications:

    • Entrepreneurs and businesses in the creative industry
    • Malaysian citizen and / or business whose majority ownership is Malaysian citizen
    • Record of experience of a minimum os six (6) months in the field related to the assistance applied for under this initiative

  • Siapakah yang tidak layak untuk memhon?
    Who is not eligible to apply?

    1. Pihak industri kreatif yang bukan warganegara Malaysia atau Perniagaan di mana majoriti pemilikan adalah bukan warganegara Malaysia.
    2. Pemohon yang tidak dapat memenuhi bukti hasil kerja dan karya asli.
    3. Pemohon yang terlibat dalam perniagaan seperti barangan terlarang termasuk minuman keras, rokok, barangan palsu/ tiruan serta bahan yang berunsur seksual dan / atau politik.
    4. Jabatan, agensi atau entiti berkaitan kerajaan
    5. Penggiat yang masih mempunyai laporan penilaian yang masih belum lengkap berkaitan program pembiayaan yang pernah diterima daripada MyCreative Ventures Sdn Bhd atau CENDANA. Walaubagaimanapun, mereka mungkin boleh memohon setelah melengkapkan semua laporan yang diperlukan.
    6. Pemohon bukan subjek dalam sebarang perintah penggulungan (untuk Syarikat) atau individu yang muflis (untuk individu)

     

     

    1. Not a Malaysian citizen or businesses without majority Malaysian ownership 
    2. Applicants who are unable to meet proof of work and original work requirements
    3. Applicants involved in businesses such as illicit goods including liquor, cigarettes, counterfeit / counterfeit goods as well as sexual and / or political material
    4. Government-related departments, agencies or entities
    5. Activists who still have incomplete evaluation reports related to financing programs previously received from MyCreative Ventures Sdn Bhd or CENDANA. However, they may be able to apply after completion of the required reports.
    6. The applicant is not a subject in any winding up order (for the Company) or a bankrupt individual (for individuals)

  • Bagaimanakah permohonan untuk PRISMA-MyCreative boleh dibuat?
    How can an application for PRISMA-MyCreative be made?

    I. Lengkapkan Borang Pemohonan Fashion Pitch yang boleh didapati secara atas talian melalui laman web MyCreative Ventures www.mycreative.com.my mulai 15 Februari 2021.

    II. Pemohon dikehendaki melengkapkan permohonan dan menyediakan maklumat yang berikut antaranya seperti: 

    • Pengenalan tentang pemohon – perincian mengenai individu, syarikat, persatuan dan/atau pertubuhan 
    • Portfolio & Sejarah (harus mempunyai rekod kegiatan terdahulu dan sedia ada yang memuaskan)
    • Projek yang dicadangkan atau bantuan yang diperlukan • Bahan sokongan projek/cadangan dan dokumen.

    III. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat asas seperti yang disenaraikan di S4 akan ditolak.

    IV. Pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi dalam masa 3 minggu selepas tempoh permohonan ditutup dan mungkin akan dipanggil untuk sesi pembentangan serta temuduga.

    V. Dalam masa empat minggu selepas sesi penilaian dibuat, pemohon yang berjaya akan dimaklumkan oleh MyCreative menerusi emel.

     Pemohon yang berjaya perlu menandatangani surat perjanjian dengan pihak MyCreative

     

     

    I. Complete the Fashion Pitch Application Form which can be found online via the MyCreative Ventures website www.mycreative.com.my from 15 February 2021.

    II. Applicants are required to complete the application and provide the following information:

    • Introduction to the applicant - details about the individual, company, association and / or organization
    • Portfolio & History (must have a satisfactory previous and existing activity record)
    • Proposed project or assistance needed • Project support materials / proposals and documents

    III. Incomplete applications that do not meet the basic requirements as listed in S4 will be rejected.

    IV. Shortlisted applicants will be contacted within 3 weeks after the application period closes and may be called for a presentation session as well as an interview.

    V.  Successful applicants will be notified via email within four weeks upon evaluation

    Successful applicants are required to sign a letter of agreement with MyCreative

  • pertanyaan
    queries

    Sebarang pertanyaan hendaklah disalurkan kepada fashionpitch@mycreative.com.my atau temujanji boleh dibuat untuk membincangkan permohonan anda secara terperinci. Sila whatsapp pertanyaan anda ke www.wassap.my/0173013365/penjanaprismagrants

    *Sila juga layari catalog PRISMA di WhatsApp: https://wa.me/c/60173013365

     

    Any enquiries should be channeled to fashionpitch@mycreative.com.my or an appointment can be made to discuss your application in detail. Please whatsapp your enquieries to www.wassap.my/0173013365/penjanaprismagrants

    *You may also view the PRISMA via WhatsApp: https://wa.me/c/60173013365

  • Apakah yang diperlukan oleh pemohon yang berjaya?
    Requirements of successful applicants

    1. Pemohon hendaklah memastikan cadangan yang telah diluluskan dilaksanakan dengan betul.
    2. Pemohon mestilah mengemukakan Laporan Pencapaian Projek atau apabila diminta oleh MyCreative pada bila-bila masa.

    Setelah projek dilaksanakan, pemohon dikehendaki untuk menghantar laporan pencapaian atau bahan material projek.

     

     

    1. The applicant must ensure that the approved proposal is implemented properly.
    2. Applicants must submit a Project Achievement Report or upon request by MyCreative at any time.

    Once the project is implemented, the applicant is required to submit an achievement report or project material material.

  • Apa yang diperlukan setelah program tersebut selesai?
    Items to be submitted upon completion of project

    1. Menyiapkan Laporan Penyempurnaan Projek (templat disediakan oleh MyCreative)
    2. Menyediakan rumusan perbelanjaan projek berserta bukti perbelanjaan (resit, invois, baucar pembayaran dan sebagainya) (jika ada)
    3. Mengemukakan sebarang bukti pengesahan yang lain - bahan aktiviti tambahan seperti video, gambar dan bukti seni dihasilkan (jika ada).

     

     

     

    1. Prepare a Project Completion Report (template provided by MyCreative)
    2. Provide a summary of project expenses along with proof of expenses (receipts, invoices, payment vouchers, etc.) (if any)
    3. Submit any other proof of verification - additional activity materials such as videos, photographs and artwork are produced (if any).

  • Borang Permohonan
    Application Form
  • muat turun
    downloads

Who got funded?

See all funded businesses that have made a mark both locally and internationally.

Learn more