Skim Dana Padanan MyCreative

Menyediakan dana padanan 1-dengan-1 (1-to-1) bagi tujuan penghasilan karya dan harta intelek baharu.

Program Skim Dana Padanan MyCreative (“Program”) merupakan inisiatif pendanaan oleh Kerajaan Malaysia yang disampaikan menerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd (“MyCreative”) yang diumumkan sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2024 selaras dengan aspirasi ekonomi MADANI untuk merangsang dan memperkasa industri kreatif tempatan.

Program ini menyediakan geran padanan 1-dengan-1 (1-to-1) sehingga jumlah maksimum RM250,000 bagi dana tunai (cash funds) yang diperoleh bagi pembiayaan projek-projek kreatif oleh entiti berdaftar dalam sektor kreatif Malaysia, dengan fokus kepada sektor-sektor (namun tidak terhad kepada) yang berikut: seni persembahan, seni visual, penggiatan semula kraf, muzik, kandungan kreatif digital, dan seni multidisiplin atau merentas disiplin. Permohonan di bawah sektor-sektor kreatif lain yang termasuk dalam senarai tonggak kreatif MyCreative boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria dan tujuan asal Program.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan kepelbagaian bentuk sumbangan dana kepada projek-projek kreatif dalam mewujudkan industri kreatif yang lebih lestari buat semua. Dana ini bertujuan untuk menyokong penciptaan karya asli baharu dengan potensi impak jangka panjang dan/atau berupaya mempamerkan nilai-nilai komersial yang berdaya maju yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan teras pemohon.

Untuk butiran lanjut atau pertanyaan, sila e-mel: sdp@mycreative.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Rujukan :

Terma Rujukan

Untuk memohon sekarang, klik butang di bawah :

MOHON SEKARANG

Program ini diharap dapat:

Mendorong penciptaan inovatif dan artistik buat karya-karya baharu yang asli.

Menggalakkan hasil kreatif baharu yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan mewujudkan perkongsian identiti budaya dan kebanggaan bersama.

Menyokong organisasi kreatif dan penggiat ekosistem dalam melebarkan sayap mereka sama ada bagi mendapatkan jangkauan yang lebih luas, berkembang ke pasaran baharu, atau mencipta kepelbagaian yang boleh menarik minat penonton atau penggemar baharu.

Membolehkan organisasi dan penggiat ekosistem dalam sektor seni dan kreatif untuk merealisasikan projek-projek baharu yang berpotensi menjana impak ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi kreatif negara.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Rujukan :

Terma Rujukan

Untuk memohon sekarang, klik butang di bawah :

MOHON SEKARANG