Concerts & Events in Malaysia Incentive

(CEMI)

Pembiayaan konsert dan acara berimpak tinggi yang menampilkan artis antarabangsa dan tempatan

Inisiatif Concerts and Events in Malaysia Incentive (CEMI) merupakan program rebat kewangan yang disokong Kerajaan di bawah Belanjawan Malaysia, diuruskan oleh Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures Group bagi menarik penganjuran konsert/acara antarabangsa dan tempatan serta merancakkan ekonomi kreatif Malaysia.

Program ini bertujuan memperkukuh industri kreatif tempatan melalui kerjasama strategik serta memastikan piawaian pengurusan acara yang tinggi. Ia turut memberi fokus untuk menarik dan menyokong penganjuran konsert dan acara muzik berskala besar (kapasiti 15,000 penonton dan ke atas) yang menampilkan artis antarabangsa dan tempatan di Malaysia. Melalui insentif yang disasarkan, inisiatif ini berhasrat meningkatkan hasil pelancongan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menyokong perniagaan tempatan.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila e-mel: cemi@mycreative.com.my

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Garis Panduan:

GARIS PANDUAN

PERMOHONAN KINI DIBUKA!

MOHON SEKARANG